STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
a. Pendekatan
Berpusatkan Murid
Strategi
pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan
murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar
melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
Pendekatan berpusatkan mur id selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan
keperluan memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan.
Melalui
pembelajaran
masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka
sendiri. Dalam hal ini aktiviti penilaian, pemulihan, dan pengayaan perlu
dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
b. Kepelbagaian
Teknik
Pendidikan
Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar.
Guru boleh memilih pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah dan teknik perbincangan, simulasi,
projek, dan inkuiri berasaskan pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai dan
konstruktivisme umpamanya, dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.
Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu
dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan mur id berinteraksi serta
berfikir secara kritis dan kreatif.
c. Kepelbagaian
Sumber Bahan
Penggunaan pusat
sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Bahanbahan seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, bahandaripada
internet, perisian kursus, serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan untuk bacaan luas.
d. Penggunaan
Tatabahasa yang Tepat
Pendidikan
Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat. Untuk
mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek
tatabahasa yang
hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan
kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
e. Pengajaran
dan Pembelajaran Bertema
Pendekatan
bertema amat diigalakkan dalam pengajaran bahasa. Melalui pengajaran dan
pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan
kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata
pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, guru perlu
merancang
dan menentukan
tema bagi pengajarannya yang meliputi bidang ilmu, hal persendirian dan
kemasyarakatan serta isu semasa.
f. Bacaan Luas
Bacaan luas
memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk
sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus
membaca. Bacaan
luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan
ilmiah dan bahan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara
serapan.
g.
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan
merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku
antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa,
kosa kata, dan peribahasa.
Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti yang berikut:
Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti yang berikut:
i. Kemahiran
bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh
digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara
dua kemahiran. Misalnya
kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.
Penggabungjalinan kemahiran bahasa ini bertujuan untuk
Penggabungjalinan kemahiran bahasa ini bertujuan untuk
mencapai hasil
pembelajaran.
ii. Tatabahasa
boleh digabungkan secara terancang dalam
konteks dengan
kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.
iii. Kosa kata
dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan
semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan;
membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada kata umum atau istilah), dan
peribahasa; serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa
yang betul dalam
pelbagai genre penulisan.
h. Penyerapan
Penyerapan ialah
proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai
tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur
ini dihuraikan seperti yang berikut:
i. Isi pelajaran
Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang
mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
ii. Semangat kew
arganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran
Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun
murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
iii. Kemahiran
berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan
bertutur, membaca dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini memberikan
penekanan pada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Kemahiran
berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran
bahasa adalah seperti yang berikut:
Mencirikan
Mengelaskan,
mengumpulkan, mengkategorikan
Menghubungkaitkan
Membandingkan
dan membezakan
Menyusun
atur
Menentukan
urutan
Mengenal
pasti kenyataan benar atau palsu
Membezakan
fakta dengan pendapat
Menganalisis
Mengesan
kecondongan pendapat
Mengenal
pasti sebab akibat
Meramalkan
Mensintesiskan
Mengitlak
Menganalogikan
Membuat
inferens
Membuat
kesimpulan
Menginterpretasikan,
mentafsirkan
Mengenal
pasti idea utama dan idea sokongan
Menilai
Menjanakan
idea
Mereka
cipta
Merumuskan,
meringkaskan
Membuat
keputusan
Menyelesaikan
masalah
Untuk
membolehkan kemahiran berfikir dikuasai oleh murid, alat berfikir seperti
penyusun grafik, soalan(bertumpu, bercapah, dan lingkaran soalan) serta peta minda
perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Kemahiran
bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,
kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan
mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai,
kebolehan murid, serta sumber yang ada.
i. Penilaian
Penilaian ialah
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan
aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian
sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu,
penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Melalui penilaian yang berterusan,
guru dapat memastikan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang
murid, sama ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.
j. Pemulihan
Aktiviti
pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang
belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan mur id.
k. Pengayaan
Aktiviti
pengayaan perlu diber ikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan,
bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih aw al atau dalam
jangka masa yang ditetapkan diberikan aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar
untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.
The merit casino
回覆刪除Play slot machines for real money 온카지노 at 메리트카지노 the best 카지노사이트 online casino in Asia. Our team of experts have made it their mission to