Kata Nafi
1. Kata nafi berfungsi untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan berfungsi untuk menafikan frasa nama dan
frasa sendi nama.
Contoh ayat :
(a) Ini bukan telefon bimbit saya.
(b) Dia bukan hendak memberi pendapat tetapi asyik membangkang
sahaja.
4. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan juga boleh hadir sebelum
kata kerja dan frasa adjektif jika kedua-duanya menunjukkan maksud pertentangan
maklumat.
Contoh ayat :
(a) Suara Faizal bukan sahaja lantang tetapi merdu juga.
(b) Kata-kata kakak saya bukan memarahi kita tetapi sekadar
mengingatkan sahaja.
5. Kata nafi tidak berfungsi untuk menafikan frasa kerja atau
frasa adjektif.
Contoh ayat :
(a) Kakak ipar saya tidak bertugas kelmarin.
(b) Murid kelas itu tidak membawa pembaris seperti yang dipesan
oleh guru mereka.
沒有留言:
張貼留言