2012年10月29日 星期一

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

a. Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. Pendekatan berpusatkan mur id selari dengan pembelajaran masteri yang menekankan keperluan memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Melalui
pembelajaran masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kadar keupayaan mereka sendiri. Dalam hal ini aktiviti penilaian, pemulihan, dan pengayaan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.

b. Kepelbagaian Teknik
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menggalakkan penggunaan pelbagai kaedah mengajar. Guru boleh memilih pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Kaedah dan teknik perbincangan, simulasi, projek, dan inkuiri berasaskan pembelajaran kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai dan konstruktivisme umpamanya, dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran. Keberkesanan pengajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu dan teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan mur id berinteraksi serta berfikir secara kritis dan kreatif.

c. Kepelbagaian Sumber Bahan
Penggunaan pusat sumber dan komputer sangatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bahanbahan seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, bahandaripada internet, perisian kursus, serta bahan sastera dan bukan sastera hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dan untuk bacaan luas.

d. Penggunaan Tatabahasa yang Tepat
Pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah menekankan penggunaan tatabahasa yang tepat. Untuk mencapai tujuan tersebut, guru perlu merancang dan memilih aspek
tatabahasa yang hendak diajarkan berserta contoh penggunaannya dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

e. Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
Pendekatan bertema amat diigalakkan dalam pengajaran bahasa. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema, kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, guru perlu merancang
dan menentukan tema bagi pengajarannya yang meliputi bidang ilmu, hal persendirian dan kemasyarakatan serta isu semasa.

f. Bacaan Luas
Bacaan luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan membentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus
membaca. Bacaan luas boleh dijalankan dalam pendidikan Bahasa Melayu dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera. Pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan secara serapan.

g. Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran, serta antara kemahiran bahasa dengan tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa.
Penggabungjalinan ini dihuraikan seperti yang berikut:
i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurang-kurangnya antara
dua kemahiran. Misalnya kemahiran mendengar dan bertutur digabungjalinkan dengan kemahiran menulis.
Penggabungjalinan kemahiran bahasa ini bertujuan untuk
mencapai hasil pembelajaran.
ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam
konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.
iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata (sama ada kata umum atau istilah), dan peribahasa; serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa
yang betul dalam pelbagai genre penulisan.

h. Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan seperti yang berikut:
i. Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu serta pelbagai tema yang mencakup hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
ii. Semangat kew arganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Meskipun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.
iii. Kemahiran berfikir hendaklah diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini memberikan penekanan pada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa adalah seperti yang berikut:
􀁸 Mencirikan
􀁸 Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan
􀁸 Menghubungkaitkan
􀁸 Membandingkan dan membezakan
􀁸 Menyusun atur
􀁸 Menentukan urutan
􀁸 Mengenal pasti kenyataan benar atau palsu
􀁸 Membezakan fakta dengan pendapat
􀁸 Menganalisis
􀁸 Mengesan kecondongan pendapat
􀁸 Mengenal pasti sebab akibat
􀁸 Meramalkan
􀁸 Mensintesiskan
􀁸 Mengitlak
􀁸 Menganalogikan
􀁸 Membuat inferens
􀁸 Membuat kesimpulan
􀁸 Menginterpretasikan, mentafsirkan
􀁸 Mengenal pasti idea utama dan idea sokongan
􀁸 Menilai
􀁸 Menjanakan idea
􀁸 Mereka cipta
􀁸 Merumuskan, meringkaskan
􀁸 Membuat keputusan
􀁸 Menyelesaikan masalah
Untuk membolehkan kemahiran berfikir dikuasai oleh murid, alat berfikir seperti penyusun grafik, soalan(bertumpu, bercapah, dan lingkaran soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Kemahiran bernilai tambah yang lain, iaitu kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai,
pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual juga perlu diserapkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai, kebolehan murid, serta sumber yang ada.

i. Penilaian
Penilaian ialah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, penilaian yang berterusan perlu dijalankan. Melalui penilaian yang berterusan, guru dapat memastikan tindakan susulan yang perlu diambil terhadap seseorang murid, sama ada dalam bentuk aktiviti pemulihan atau pengayaan.

j. Pemulihan
Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan mur id.

k. Pengayaan
Aktiviti pengayaan perlu diber ikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih aw al atau dalam jangka masa yang ditetapkan diberikan aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru.

1 則留言:

  1. The merit casino
    Play slot machines for real money 온카지노 at 메리트카지노 the best 카지노사이트 online casino in Asia. Our team of experts have made it their mission to

    回覆刪除