PENDAHULUAN
Pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini,
Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu
perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi
dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan
tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan
bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan
sintaksis bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta
huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan
Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar
dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan
perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.
Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil
(T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di
SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C)
dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai
kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah
perbendaharaan kata yang dicadangkan.
Huraian Sukatan
Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat
kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara
cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh
mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian
Sukatan Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.
Setelah mengikuti mata
pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:
- mendengar,
memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupan
sehari-hari;
- bertutur
dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan
bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
- membaca
untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;
- menjadikan
pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan
dan hiburan;
- menulis
pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang
betul;
- memahami
dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;
- menghargai
dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
- menggunakan
bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
- menggunakan
bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
- memberi
makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai; dan
- menggunakan
bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat
yang berbilang keturunan.
STRSTEGI PENGAJARAN DAN PENGAJARAN
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.
沒有留言:
張貼留言