2012年10月29日 星期一

Kata nama dan kata kerja


Kata nama
Kata nama adalah golongan kata yang terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.
Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya secara umum seperti dalam contoh di bawah:
orang: ayah, polis, perempuan dll.
haiwan: ayam, itik, buaya dll.
benda: televisyen, komputer, bank dll.
tempat: stadium, jalan raya, pulau dll.
Kata nama am boleh dibahagikan kepada dua iaitu konkrit dan abstrak. Kata nama am konkrit ialah nama sesuatu yang dapat dipegang, dirasa atau dilihat. Kata nama am abstrak pula ialah nama sesuatu yang hanya dibayangkan atau dikhayalkan. Kedua kelas kata ini boleh terdiri daripada kata dasar dan kata terbitan.
Contoh: buai -> buaian
Kata nama am mestilah menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Contoh perkataan ditunjukkan seperti di bawah:
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
binatang: Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,Si Tompok, dll
tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.


Kata Ganti Nama
Kata ganti nama ialah kata nama yang digunakan untuk mewakili diri seseorang atau sebagai penunjuk. Kata ganti nama penunjuk terbahagi kepada dua iaitu penunjuk bersifat menerangkan (contohnya iniitu), dan penunjuk bersifat pertanyaan (contohnya siapa, apa, mana).
Kata ganti diri pula terbahagi kepada tiga:
diri pertama:saya, beta, aku, patik, kami, kita, daku
diri kedua: awak, engkau, kamu, anda, saudara, saudari, tuan hamba
diri ketiga: ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya
contoh ayat: 1)saya seorang yg rajin..

Kata Nama Terbitan
Kata nama terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ), di akhir kata ( akhiran ), di awal dan di akhir kata ( apitan ) dan diselitkan di tengah perkataan ( sisipan).


Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
-          rasa
-          pandang
-          dengar
-          bau
-          sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.







Kata Kerja.

- Kata kerja digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh orang atau binatang.
- Contohnya menyanyi, belajar, membaca, memasak , berenang, berlari, berjalan, minum, makan dan lain-lain.


Kata kerja transitif.
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang diikuti oleh objek.

- Contohnya:
1) Kerani sedang menaip surat.
2) Ibu hendak menggoreng ikan yang dibelinya semalam.
3) Pegawai polis menangkap pencuri itu.


Kata kerja tak transitif.
- Kata kerja transitif adalah kata kerja yang tidak memerlukan objek.

- Contohnya:
1) Gadis yang berbaju kurung itu tersenyum apabila saya melihatnya.
2) Air sungai di kampong Katok mengalir dengan derasnya.
3) Mereka akan berbahas dengan sekolah Rendah Kiulap.



1. Emak ____ tangan ke arah kami.
A. melambai  
B. mencuci   
C. memotong   
D. mengangkat   
          
2. Rumah Ketua Kampung ____ oleh api semalam.
A. diminum  
B. ditemui   
C. dijumpai   
D. dibakar   
          
3. Dompet itu ____ oleh pengawas yang bertugas.
A. terjatuh  
B. dijumpai   
C. terhantuk   
D. terbuang   
          
4. Burung-burung yang ____ di dalam sangkar itu berwarna putih.
A. bermain  
B. berkokok   
C. berkicauan   
D. berbalak   
          
   
5. Ayah sedang ____ parang untuk memotong kayu keras itu.
A. memberus  
B. mengasah   
C. membuat   
D. memanjat   
         
6. Cerpen yang ____ oleh Cik Su mendapat tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen itu.
A. dikarang  
B. disusun   
C. dibaca   
D. dibawa   

7. Ramli ialah seorang anggota polis yang ____ sarjan.
A. berpangkat  
B. berpingat   
C. berkedudukan   
D. bersenjata   

8. Puan Roma ____ makanan tengah hari untuk anak-anaknya yang baru pulang dari sekolah.
A. membersihkan  
B. mengemaskan   
C. mengelapkan   
D. menyediakan   

9. Petani-petani ____ padi yang masak di bendang.
A. menuai  
B. memotong   
C. mengetuk   
D. menoreh   
          
10. Pada setiap petang, adik ____ basikal di halaman rumah.
A. melancong  
B. mengayuh   
C. membantu   
D. menjaga   
          
11. Hari Deepavali ____oleh kaum India di Malaysia.
A. dijemput  
B. disambut   
C. dicat   
D. ditermakan   
          
12. Perempuan tua yang dilanggar oleh kereta itu ____ ke hospital.
A. dituduh  
B. dicampak   
C. dikejarkan   
D. dirasmi   
          
   

13. Rumah Cikgu Latifah ____ di tepi sebuah padang besar.
A. terletak  
B. terdiri   
C. tergamak   
D. terasuh   
          
14. Li Li ____ sebagai ketua darjah secara berturut-turut selama empat tahun.
A. dilantik  
B. dibiarkan    
C. dinilai   
D. ditemui   
          
15. Perompak itu telah ____ oleh pihak polis semalam di dalam sebuah rumah.
A. dibantu  
B. diberkas   
C. diseksa   
D. didera   
          
16. Setiausaha persatuan itu ____ menulis suatu laporan tentang aktiviti-aktiviti persatuan.
A. diminta  
B. dinamakan   
C. diberi   
D. diwakili   
          
17. Buku yang ____ dari perpustakaan ini mesti aku pulangkan pada hari Rabu.
A. dicuri  
B. dipunyai   
C. didapati   
D. dipinjam   
          
   
18. Aishah ____ tanpa henti kerana ____ oleh anjing jiran sebelah rumah kami.
A. menangis ------ diminum  
B. menangis ------ digigit   
C. menangis ------ disuntik    
D. menangis ------ dimakan   
          

19. Kanak-kanak ____ gembira kerana ____ banyak angpau daripada ibu bapa mereka.
A. dirasai ------ mendapat  
B. merasai ------ didapati   
C. berasa ------ mendapat   
D. berasa ------ didapati   
          
   
20. Yazid masih ____ di perhentian bas kerana rakannya ____ akan datang 15 minit lagi.
A. menunggu ------ berjanji  
B. menunggu ------ bersatu   
C. tertunggu ------ menjanjikan   
D. tertunggu ------ berminat




沒有留言:

張貼留言