2012年10月29日 星期一

Kata Sendi Nama


Kata Sendi Nama
1. Kata sendi nama ialah kata yang berfungsi sebagai kata depan kepada kata nama atau frasa
nama.
2. Kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu dan penggunaannya adalah seperti
berikut :



Kata Sendi Nama 'di'
1. Digunakan khusus untuk tempat dan arah,
2. Ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya.
Contoh ayat :
(a) Pertandingan akhir Forum Remaja itu akan diadakan di dewan sekolah.
(b) Pelancong dari luar negara itu sesat di dalam hutan.
3. Tidak boleh digunakan untuk menerangkan waktu, masa atau zaman.

Kata Sendi Nama 'ke'

1. Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah dan masa.
Contoh ayat :
(a) "Tukar haluan
 ke utara apabila sampai di simpang tiga itu," pesan Encik Azmi.
(b) Warga sekolah itu akan berkunjung
 ke Teluk Batik pada hujung minggu depan.
2. Tidak boleh digunakan untuk manusia atau haiwan.

Kata Sendi Nama 'dari'

1. Digunakan untuk masa, tempat dan arah.
Contoh ayat :
(a) Angin kencang bertiup 
dari arah utara.
(b) Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan itu akan berlangsung
 dari 17 Ogos hingga 16 September.
2. Tidak boleh digunakan oleh manusia, asal sesuatu atau perbandingan.

Kata Sendi Nama 'pada'

1. Digunakan untuk waktu, manusia, haiwan, tempat dan benda-benda yang abstrak.
Contoh ayat :
(a) Skema jawapan yang awak kehendaki itu ada 
pada Cikgu Basri.
(b) Majlis berkhatan beramai-ramai itu akan diadakan
 pada hari Isnin ini.
2. Tidak boleh digunakan untuk arah.

Kata Sendi Nama 'daripada'

1. Digunakan untuk manusia, asal sesuatu, perbandingan atau perbezaan bahagian sesuatu dan
benda yang abstrak.
Contoh ayat :
(a) Cikgu Mazlin menerima banyak hadiah 
daripada muridnya.
(b) Usia nenek saya lebih tua 
daripada usia nenek awak.
2. Tidak boleh digunakan untuk masa, tempat dan arah.

Kata Sendi Nama 'kepada'
1. Digunakan untuk menunjukkan arah yang hanya merujuk kepada manusia, haiwan dan
menyatakan pecahan.
Contoh ayat :
(a) Ahmad mengirimkan kad ucapan itu 
kepada Hakim.
(b) Peserta seminar itu dibahagikan 
kepada sepuluh kumpulan.

Kata Sendi Nama 'bagi' dan 'untuk'
1. Digunakan untuk menunjukkan kegunaan bagi sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang
ditentukan.
Contoh ayat :
(a) Dana 
untuk membantu ibu-ibu tunggal sedang diusahakan oleh pihak kerajaan.
(b) Program khas
 bagi murid lepasan PMR akan diumumkan pada pagi esok.

Kata Sendi Nama 'demi'
1. Digunakan untuk melahirkan makna urutan, tujuan dan sebagai unsur penegas.
Contoh ayat :
(a) Rakyat Malaysia mestilah bersatu demi memastikan kemajuan negara.
(b) Murid-murid bergerak ke dalam dewan baris demi baris.
2. Oleh sebab kata demi juga membawa maksud tujuan, maka kata untuk yang sering digunakan
dalam bentuk demi untuk adalah salah.

Kata Sendi Nama 'akan'
1. Digunakan untuk manusia.
(a) Rakyat Malaysia mesti cinta
 akan tanah air mereka.
(b) Orang tua itu amat rindu akan
 anak tunggalnya.
2. Penggunaan
 -kan dalam bahasa rasmi mestilah dielakkan.

Kata Sendi Nama 'oleh'
1. Digunakan untuk menerangkan maksud yang berikut :
(a) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menggunakan
bentuk-bentuk di-, ter- dan kena.
Contoh ayat :
(a) Resepi kek yang istimewa itu dicipta 
oleh Chef Wan.
(b) Ular sawa yang besar itu telah ditangkap 
oleh pihak bomba sebentar tadi.
(b) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab atau kerana.
(a) Shalin Zulkefli berjaya dalam kejohanan boling itu 
oleh usahanya sendiri.
(b) 
Oleh kegigihannya, Siti Asniza diisytiharkan sebagai tokoh murid pada tahun ini.

Kata Sendi Nama 'sejak' dan 'semenjak'
1. Digunakan untuk menunjukkan maksud penanda masa atau waktu.
Contoh ayat :
(a) Asmah sentiasa bersedih 
sejak ibunya meninggal dunia seminggu lalu.
(b) 
Semenjak peristiwa yang menyeramkan itu, Ikbal tidak berani lagi balik lewat malam.

Kata Sendi Nama 'dalam'
1. Digunakan untuk menerangkan maksud tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak dan
berfungsi sebagai kata arah.
Contoh ayat :
(a) 
Dalam masalah ini, awak mestilah berbincang terlebih dahulu dengan kedua-dua ibu bapa
awak.
(b) Penduduk kampung ini tidak pernah terlibat 
dalam kegiatan Skim Cepat Kaya itu.


(a) 
Di dalam masalah ini, awak mestilah berbincang terlebih dahulu dengan
kedua-dua ibu bapa awak.
(b) Penduduk kampung ini tidak pernah terlibat 
di dalam kegiatan Skim Cepat Kaya itu.

Kata Sendi Nama 'antara'
Digunakan untuk menerangkan maksud tempat yang tidak mempunyai jarak atau ruang dan berfungsi sebagai kata arah.
Contoh ayat :
(a) Perjanjian 
antara kedua-dua buah negara itu telah menandatangani minggu lalu.
(b) Tiada perbezaan besar 
antara pendapat Cikgu Halimah dengan pendapat Cikgu Sakinah.


 Kata Sendi Nama 'hingga' dan 'sampai'
1. Digunakan untuk membawa maksud peringkat had masa, waktu dan tempat.
2. Kedua-dua perkataan ini boleh bertukar ganti antara satu sama lain.
Contoh ayat :
(a) Kesemua anak ayah saudara saya belajar 
hingga peringkat ijazah.
(b) Para peserta Kursus Kefahaman Islam itu mengaji 
sampai pukul 3.00 pagi.

Kata Sendi Nama 'dengan'
Digunakan untuk membawa maksud seperti yang berikut :
(a) Bersama-sama atau berserta
Contoh ayat :
Saiful menelaah mata pelajaran itu 
dengan rakan baiknya.
(b) Cara sesuatu perkara itu dilakukan
Contoh ayat :
Segala sumbangan yang diberi saya terima
 dengan perasaan terharu.
(c) Memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat
Contoh ayat :
Kakak membungkus pulut kuning itu
 dengan daun pisang.
(d) Menyatakan keadaan perbandingan yang sama atau serupa
Contoh ayat :
Encik Azman sentiasa sependapat 
dengan ketuanya.

Kata Sendi Nama 'tentang'
1. Digunakan untuk membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum.
Contoh ayat :
para guru sedang berbincang tentang masalah disiplin pelajar.
2. Tidak boleh diganti dengan mengenai.

Kata Sendi Nama 'terhadap'
1. Digunakan untuk membawa maksud rujukan sama ada manusia, haiwan atau benda.
Contoh ayat :
(a) Setiap ketua keluarga mestilah sentiasa bersikap
adil 
terhadap ahli-ahli keluarga mereka.
(b) Kasih sayang Norain
 terhadap haiwan amat wajar dicontohi.




Soalan:


1 Aida amat sayang ( ) ibunya.
A akan
B pada
C tentang
D bagi

2 Rizal membelikan hadiah ( ) gurunya.
A kepada
B untuk
C akan
D dari

3 Pendatang haram yang ditangkap itu datang ( ) Indonesia
A dari
B daripada
C di
D pada

4 Saya menerima sepucuk surat berwarna biru ( ) Zaida.
A dari
B daripada
C di
D pada

5 Kemalangan yang ngeri itu berlaku ( ) persimpangan Jalan Tun Razak.
A ke
B di
C pada
D dari

6 Hamida bermain tennis ( ) Rosman di gelanggang tennis sekolah mereka.
A untuk
B akan
C dengan
D oleh

7 Peperiksaan itu diadakan dari pukul sembilan pagi ( ) pukul dua belas tengah hari.
A kepada
B hingga
C untuk
D ke

8 Julia pergi ( ) perpustakaan untuk meminjam buku.
A dari
B daripada
C pada
D ke

9 Saya mengucapkan ribuan terima kasih ( ) Sarina atas kerjasama yang telah diberikannya.
A untuk
B kepada
C dari
D dengan

10 Kebanyakan remaja mudah dipengaruhi _______budaya barat.
A oleh
B kepada
C dengan
D pada

沒有留言:

張貼留言