1. Kata seru adalah
kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan,
sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru
|
Penggunaannya
|
Ayat Contoh
|
aduh
|
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum |
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu! |
aduhai
|
untuk menyatakan perasaan sedih
|
Aduhai, malang sungguh nasibku!
|
ah
|
untuk menyatakan tidak setuju atau
menolak sesuatu
|
1. Ah, saya tetap tidak mengaku
bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! |
amboi/wah
|
untuk menyatakan perasaan hairan
atau kagum
|
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu! |
cis/cih
|
untuk menyatakan perasaan marah
dan benci
|
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! |
eh
|
untuk menyatakan perasaan hairan
atau terkejut
|
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini! |
hai
|
untuk menegur seseorang atau
menarik perhatian
|
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! |
Contoh lain kata seru dan ayat
Kata Seru
|
maksud
|
Contoh ayat
|
wahai
|
menyatakan perasaan sayang atau
merayu
|
Wahai adik ku sayang !
|
amboi
|
menunjukkan perasaan kagum
|
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini
!
|
hai
|
Hai, ke mana kamu menghilang
selama ini !
|
|
nah
|
Nah, terimalah habuanmu !
|
|
aduh
|
perasaan sakit
|
Aduh, sakitnya tanganku ini !
|
wah
|
perasaan hairan
|
Wan, cantiknya merak ini !
|
ceh
|
Ceh, usah membantah kata-kataku
ini !
|
|
bedebah
|
marah
|
Bedebah, berani engkau berkata
begitu kepadaku !
|
cis
|
marah atau jijik
|
Cis, awak rupanya yang menjadi
batu api !
|
oh
|
terkejut hairan, gembira atau
mengharap
|
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! |
eh
|
hairan
|
Eh, bila ia terjadi !
|
syabas
|
gembira, puas, memuji atau ucap
tahniah
|
Syabas, awak berjaya juga akhirnya
!
|
alahai
|
menghina
|
Alahai, itu pun awak tak boleh
buat !
|
alamak
|
terkejut
|
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
|
ha
|
hairan
|
Ha, budak itu yang menang !
|
Ya-Allah
|
terkejut
|
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
|
Masya- Allah
|
hairan atau marah
|
Masya-Allah, sanggup dia melakukan
perbuatan biadap itu !
|
Kata perintah ialah
perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah
partikel –lah di belakangnya.
contoh
contoh
Jangan
|
Sila
|
tolong
|
Harap
|
usah
|
jemput
|
Minta
|
Contoh ayat
1. Jangan tolak meja itu ke situ.
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang.
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

1. Kata tanya ialah
perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu.
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya.
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel ‘kah’ apabila digunakan di awal ayat tanya.
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat
5. Partikel ‘kah’ tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.
contoh
a. Apakah benda itu ?
b. Buku siapakah ini ?
kenapa
|
Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian
itu ?
|
bila
|
Bilakah awak akan memulangkan buku
saya ?
|
siapa
|
Engkau ini siapa ?
|
mengapa
|
Mengapakah baju awak ini basah ?
|
apa
|
Apakah nama binatang itu ?
|
bagaimana
|
Bagaimanakah rupa hantu ?
|
berapa
|
Di dalam kelas itu ada berapa
orang murid lelaki ?
|
mana
|
Nelayan itu dari mana ?
|
he
回覆刪除