2012年10月29日 星期一

Penjodoh Bilangan


Description: Post  

1. Angkatan --> Untuk kumpulan enda dan manusia. Contoh: kapal perang, penulis, tentera, sasterawan dan sebagainya.

2. Bakul --> Untuk benda yang diisikan ke dalam bakul. Contoh: makanan, buah, sampah, kuih, san sebagainya.

3. Baris --> Untuk benda atau manusia yang berbaris. Contoh: kerusi, kedai, murid, orang, pokok, rumah, tulisan dan sebagainya.

4. Batang --> Untuk benda yang panjang. Contoh: sungai, pen, pensel, gigi, berus gigi, tiang, lilin, galah, kapur dan sebagainya.

5. Berkas --> Untuk benda yang diikat dalam satu ikatan. Contoh: kayu, kunci, buluh, ranting dan sebagainya.

6. Bidang --> Untuk benda yang luas bidangnya. Contoh: layar, tikar, bendang, sawah dan sebagainya.

7. Biji --> Untuk benda yang bersaiz yang kecil. Contoh: buah-buahan, telur, cawan dan sebagainya.

8. Bilah --> Untuk benda yang tajam. Contoh: pisau, keris, parang dan sebagainya.
9. Botol --> Untuk bahan cecair yang diisikan ke dalam botol. Contoh: air, dawat, minyak dna sebagainya.
10. Buah --> Untuk benda yang tidak tentu atau saiznya. Contoh: rumah, kereta, meja dan sebagainya.

11. Bungkus --> Untuk kumpulan benda yang dibalut. Contoh: coklat, mi goreng, nasi lemak dna sebagainya.

12. Butir --> Untuk benda yang kecil saiznya dan agak bulat bentuknya. Contoh: telur, manik, permata dan sebagainya.

13. Carik --> Untuk benda yang dikoyak kecil-kecil. Contoh: kertas.

14. Cebis --> Untuk benda yang sudah dipotong atau dikoyak kecil-kecil. Contoh: kain, kertas.

15. Cekak --> Untuk benda yang dipegang dengan mencekak. Contoh: serai, daun sirih.

16. Cubit --> Untuk benda yang diambil sedikit sahaja. Contoh: garam, gula, makanan dna sebagainya.

17. Cucuk --> Untuk benda yang dicucuk dengan lidi. Contoh: sate dan buah-buahan yang telah dipotong.

19. Deret --> Untuk bangunan dan kenderaan yang berderet-deret. Contoh: bas, basikal, kedai, rumah dan sebagainya.

20. Ekor --> Untuk haiwan atau binatang. Contoh: arnab, kuda, rusa dan sebagainya.

21. Gelung --> Untuk benda yang panjang dan bergelung. Contoh: dawai, tali, wayar dan sebagainya.

22. Gemal --> Untuk benda yang dikumpulkan kemudian diikat. Contoh: padi, rumput dan sebagainya.

23. Genggam --> Untuk benda yang digenggam di dalam tangan. Contoh: beras, pasir, garam, dan sebagainya.

24. Gerombolan--> Untuk kumpulan yang jahat. Contoh: perompak, pengganas.

25. Gugus--> Untuk benda yang bergugus atau berangkai. Contoh: buah anggur, kelapa, pulau, dan sebagainya.

26. Gulung--> Untuk benda yang panjang dan bergulung. Contoh: tikar, filem, kertas, ijazah, dan sebagainya.
27. Gumpal--> Untuk benda yang digumpal. Contoh: awan, tanah.

28. Hidang --> Untuk makanan yang sudah siap disajikan. Contoh: nasi, lauk dna sebagainya.

29. Ikat --> Untuk benda yang berikat. Contoh: rotan, kayu, sayur-sayuran dan sebagainya.

30. Jemput --> Untuk benda yang dapat diambil dengan hujung jari. Contoh: gula, kunyit dan sebagainya.

31. Jengkal --> Untuk jarak atau lebar sesuatu benda atau tempat dengan menggunakan kedua-kedua hujung jari tangan. Contoh: benang, tali.

32. Kaki --> Untuk benda yang seolah-olah berkaki. Contoh: payung, cendawan dan sebagainya.

33. Kawan --> Untuk kumpulan binatang. Contoh: kambing, lembu dan sebagainya.

34. Kandang --> Untuk binatang di dalam kandang. Contoh: lembu, biri-biri dna sebagainya.

35. Kelompok --> Untuk manusia, benda, haiwan, awan, dan pulau yang berkumpul. Contoh: binatang, awan.

36. Kepal --> Benda-benda yang diambil dengan genggaman tangan. Contoh: nasi, pulut, beras dan sebagainya.

37. Keping --> Benda-benda yang nipis. Contoh: kertas, papan dan sebagainya.

38. Kerat --> Benda-benda yang telah dikerat-kerat. Contoh: kayu, rotan, buluh dan sebagainya.

39. Ketul --> Benda-benda yang berketul. Contoh: batu, air batu dan sebagainya.

40. Kotak --> Benda-benda yang diisikan ke dalam kotak. Contoh: mancis, sabun dan sebagainya.

41. Kumpulan --> Untuk kumpulan manusia. Contoh: budak-budak, pelajar-pelajar dan sebagainya.

42. Kuntum --> Untuk bunga. Contoh: mawar, teratai, orkid dan sebagainya.

43. Laras --> Untuk benda yang berlalas. Contoh: meriam, senapang dan sebagainya.

44. Lembar --> Untuk benda yang panjang dan halus. Contoh: benang, tali dan sebagainya.

45. Lingkar --> Untuk benda yang bergulung. Contoh: dawai, tali, wayar dan sebagainya.


沒有留言:

張貼留言