PENGENALAN KARANGAN (
PENULISAN )
1.
Lazimnya , dalam ujian penulisan Bahasa Melayu adik-adik dikehendaki
menulis dua buah karangan, iaitu soalan satu dan soalan dua.
2.
Dalam soalan 1, adik-adik diberi dua tajuk karangan , oleh itu
pilihlah salah satu daripada dua tajuk tersebut sama ada soalan 1(a) atau
soalan 1(b). Soalan 2 tiada pilihan dan merupakan soalan wajib.
3.
Masa yang diperuntukkan untuk menjawab kedua-dua soalan itu
ialah satu jam.
4.
Bagi tiap-tiap soalan, panjang karangan mestilah tidak kurang
daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Jenis-Jenis Karangan Karangan Berformat:
1.
Jenis Surat Kiriman Rasmi
2.
Jenis Surat Kiriman Tidak Rasmi
3.
Karangan jenis Ucapan
4.
Karangan jenis Syarahan
5.
Karangan jenis Dialog / Temuramah / Perbualan / Wawancara
6.
Karangan jenis Berita
7.
Karangan jenis Catatan Diari
8.
Karangan jenis Laporan
9.
Karangan jenis Perbahasan
10. Kad Jemputan
Jenis-Jenis Karangan Tidak Berformat
1.
Karangan Rangsangan Bergambar / Rangsangan Kata
2.
Karangan Jenis Pengalaman / Cerita / Gambaran / Situasi
3.
Karangan Jenis Fakta / Penerangan
4.
Karangan Jenis Perbincangan
5.
Karangan Jenis Melengkapkan Cerita
6.
Karangan Jenis Autobiografi / Biografi
7.
Karangan Jenis Peribahasa
TUJUAN ANDA MENGARANG
·
menguji kefahaman anda mengenai tajuk karangan itu.
·
menguji kebolehan, kemahiran dan keupayaan anda menarik minat
pembaca.
·
menguji fikiran, pendapat, dan idea-idea anda.
·
menguji tentang sejauh mana pembacaan anda.
PANDUAN MENGARANG /
MENULIS
Sebelum membuat sesuatu karangan , kita hendaklah memilih dan memahami tajuk
atau kehendak soalan karangan itu. Selepas itu kita fikirkanlah pula tentang :
A. Pengenalan
B. Isi-isi dan
C. Penutup
A. Pengenalan
Setiap karangan mestilah mempunyai pembukaan atau pengenalan. Dalam pengenalan
kita hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca
tidak tahu atau faham. Kita hendaklah menarik perhatiannya supaya ingin membaca
karangan itu.
Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan am sahaja, memadai tiga atau empat
ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif dan
mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pastikanlah terlebih dahulu pembukaan
karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan.
B. Isi
Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai
empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan kekurangan
masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan
lain.
Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan.
Sebaik-baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan
berkait rapat. Tiap-tiap perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin
sesuatu perenggan itu lebih panjang daripada perenggan yang lain. Ini kerana
sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh murid-murid biasanya lebih panjang
daripada perenggan yang lain.
Jaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang dikehendaki. Elakkan
menyertakan isi yang bercanggah dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak
ditiru bulat-bulat dari karangan lain. Untuk mendapat isi yang baik dan banyak,
kita hendaklah banyak membaca surat khabar, majalah-majalah, makalah-makalah,
rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan sendiri dan
dari pengalaman sendiri.
Jangan campur adukkan isi. Elakkan daripada menulis sesuatu isi dalam perenggan
yang sama. Catatkan setiap isi sebelum menulis.
Panduan mencari isi-isi berdasarkan peta minda:
Cara terbaik mencari isi adalah dengan menggunakan kaedah membuat peta minda.
Kemukakan pertanyaan kepada diri anda dan fikirkan jawapannya sama ada menerusi
logik akal atau berdasarkan bahan rujukan seperti buku, majalah, surat khabar,
ensiklopedia atau kamus bagi fakta. Antara lima pertanyaan paling utama dan
popular ialah:
·
Apa?
·
Siapa?
·
Bila?
·
Mengapa?
·
Di mana?
·
Bagaimana?
C. Penutup
Kalau pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk mengikuti
karangan tersebut maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan kepada
pembaca. Penutuplah yang menjadi kesimpulan / rumusan atau akhiran sesuatu
karangan.
Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu
perbincangan atau tajuk. Elakkan menamatkan karangan secara mengejut atau
tergantung. Oleh itu penutup juga adalah penting dalam tiap-tiap karangan.
CARA-CARA MENGARANG /
STRATEGI MENULIS
1. Sebelum menulis perkara yang dilakukan seperti di bawah :
a. Memilih tajuk atau soalan 1 (a) atau 1 (b) dan soalan 2
·
Baca dan fahami setiap tajuk / soalan yang diberi.
·
Fahami bentuk soalan sama ada jenis berformat atau tidak
berformat.
·
Kamu mesti memilih soalan / tajuk yang benar-benar boleh
dikuasai
·
Memahami benar-benar kata kunci atau kehendak soalan
Bagaimana hendak memahami kehendak soalan supaya tidak terkeluar daripada
tajuk?
Kehendak soalan biasanya berada di akhir arahan seperti contoh-contoh di bawah:
CONTOH 1:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan sebuah
karangan mengenainya.
CONTOH 2:
Sekolah anda telah mengadakan "Hari Sukan". Tuliskan laporan
mengenainya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah.
Komen: Tajuk karangan di atas adalah sama, tetapi dari segi
formatnya berbeza. Soalan satu merupakan karangan biasa , manakala soalan 2
berformat.
Tips: Adalah lebih baik jika adik semua menggariskan
perkataan-perkataan yang menjadi kata kunci dalam soalan itu. Ini mengelakkan
karangan daripada terpesong atau terkeluar daripada tajuk sebenar.
b. Menyusun rangka karangan
·
Pilih mana-mana kaedah yang mudah bagi anda mencari isi
·
Senaraikan semua isi penting secara ringkas yang mungkin.
·
Susun isi mengikut urutan kepentingannya.
·
Masukkan huraian serta contoh yang sesuai bagi setiap isi yang
akan dihurai.
·
Isi penting jangan diulang-ulang
c. Menulis karangan
·
Semasa menulis karangan kamu mulakan dengan menulis pendahuluan
terlebih dalu satu perenggan.
·
Setiap isi yang dihurai perlu ditulis dalam satu perenggan
berserta dengan contohnya. Bahagian-bahagian karangan yang ideal:
1.
Perenggan Pendahuluan
2.
Perenggan isi pertama dengan contoh berkaitan isi pertama
3.
Perenggan isi kedua dengan contoh berkaitan isi kedua
4.
Perenggan isi ketiga dengan contoh berkaitan isi ketiga
5.
Perenggan isi keempat dengan contoh berkaitan isi keempat
6.
Perenggan Penutup
·
Tulislah mengikut urutan rangka yang telah dibuat selain menjaga
kekemasan tulisan.
d. Menyemak karangan
·
Setelah habis menulis karangan kamu perlu menyemak bagi
memastikan jika ada tulisan anda yang kurang jelas, kesalahan ejaan, tanda
baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dan aspek tatabahasa yang
lain.
·
Baca berulang kali bagi memastikan ketepatan karangan kamu.
e. Secara umum peruntukan masa untuk sebuah karangan
·
4 minit mencari isi
·
24 minit menulis karangan
·
2 minit menyemak semula karangan
·
Jumlah = 30 minit
Tips Pengurusan Masa:
Jika tidak faham soalan satu, cubalah jawab soalan lain
·
Kamu mesti menepati masa yang ditetapkan.
·
Adalah diingatkan jangan terlalu leka menjawab satu soalan. Jika
masa telah melebihi 30 minit beralih kepada soalan yang kedua pula. Ini kerana
adalah lebih baik menjawab dua soalan daripada menjawab satu soalan yang baik.
Tips Menulis Ayat:
Ayat biarlah ringkas tetapi padat.
·
Kamu digalakkan menulis ayat yang pendek , ringkas dan padat
berbanding yang panjang. Ini kerana ayat yang panjang biasanya terdedah kepada
kesalahan tatabahasa.
·
Biasakan diri kamu mengolah ayat daripada isi yang telah
disenaraikan.
·
Satu perenggan biasanya mengandungi 3, 4 atau 5 ayat sahaja bagi
huraian satu isi.
Panduan Menulis Dialog: Bagaimana hendak menulis dialog dengan baik?
Di bawah ini adalah contoh yang baik untuk menulis dialog dalam karangan anda.
Mulakan setiap dialog di baris baru. Ini mengelakkan kekeliruan pemeriksa.
Lihat contoh:
Contoh Penulisan Dialog Yang Bagus
"Kamu baru pulang ?"
"Baru sebentar tadi." Jawab saya. "Tentu Kamu tertunggu
kepulangan saya."
"Memang saya tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.
Contoh Penulisan Dialog Yang Teruk
"Kamu baru pulang ?" "Baru sebentar tadi." Jawab saya.
"Tentu Kamu tertunggu kepulangan saya." "Memang saya
tertunggu-tunggu," luah Jamal, lembut.
PETUA BILA MENULIS KARANGAN
·
Perlu memahami betul-betul kehendak soalan.
·
Catatkan apa sahaja isi-isi yang terlintas di fikiran, kemudian
susun mengikut mana yang lebih penting.
·
Tuliskan karangan berdasarkan rangka yang kamu sediakan.
·
Karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi-isi dan penutup.
·
Bagi karangan meminta fakta, sekurang-kurangnya mempunyai empat
isi ( seelok-eloknya cari lima isi ) dan setiap perenggan mengandungi satu isi.
·
Gunakan ayat yang pendek dan bahasa yang mudah.